Tuesday, November 12, 2019

pheonie chenta: Percayalah Aplikasi Ini Bantu Anda Raih Pendapata...

pheonie chenta: Percayalah Aplikasi Ini Bantu Anda Raih Pendapata...: Percayalah  Aplikasi Ini Bantu Anda Raih Pendapatan Sampingan DAN MEREKA BENAR-BENAR MEMBAYAR ANDA ! 1. JANGAN BUANG DULU RESIT ANDA Sean...

Friday, August 31, 2012

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menghapus air matanya dengan imannya...♥

ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya...♥

ketika hati seorang muslimah terluka,
hari-harinya akan ia penuhi dengan semangat,
perubahan lebih baik pada dirinya...♥

ketika hati seorang muslimah terluka,
ia menari dalam doa permohonan ampunnya terhadap Rabbnya...♥

ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia...♥

ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya...♥

ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya...♥

ketika hati seorang muslimah terluka,
dunianya terasa akan berterusan dan ia harus tegar...♥

ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya...♥

ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesedarannya...♥

ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya ia gunakan seperti kebiasaannya...♥

ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya,
oleh hal-hal yang tidak berguna...♥

ketika hati seorang muslimah terluka,
ia gunakan kesedarannya untuk menjaga perasaan orang
sekitarnya...♥

ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan doa untuk keselamatan orang yang
melukainya...♥

ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain
tanpa beban di hatinya...♥

ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang
disekelilingnya...♥

ketika hati seorang muslimah terluka,
dia tetap meneruskan liku2 hidupnya...♥

ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan pudar...♥
Wallahu a'lam~
Allah memimpin sesiapa yang dikehendakinya kepada nur hidayahnya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu..{Surah An-Nur Ayat: 35}
InsyaAllah...^^
=
 


Wednesday, February 8, 2012

jadilah yang baik walaupun bukan yang terbaik




Jika anda tidak mampu membuat orang tersenyum, jangan membuat orang menangis.

Jika anda tidak mampu memberi manfaat kepada orang lain, jangan menghancurkan orang lain.

Jika anda tidak mampu memberi apa apa, jangan terlalu banyak meminta.


Jika anda tidak mampu menjerit kerana rasa tertekan, lebih baik diam dari berkata kata.
 

Jika anda tidak mampu tersenyum kepada orang lain, tersenyumlah pada diri sendiri di hadapan cermin.

" Jadilah orang yang MEMBERI tanpa mengingatnya kembali dan orang yang MENERIMA tetapi tidak melupakannya sama sekali."

KADANG KADANG dalam hidup ini :

Orang yang EGO mahu anda melihat betapa hebatnya mereka tetapi orang yang PENGASIH mahu melihat betapa perlunya rendah hati untuk anda.

Orang yang PEMARAH mahu anda melihat betapa benarnya mereka tetapi orang yang PENYABAR ingin melihat betapa perlunya ketenangan untuk anda.

Orang yang SAKIT mahu anda melihat betapa deritanya mereka tetapi orang yang SIHAT mahu melihat betapa perlunya kesabaran untuk anda.

Orang yang KAYA mahu melihat betapa bahagianya mereka tetapi orang miskin mahu melihat betapa perlunya sifat pemurah untuk anda.

Orang yang BERSEDIH mahu anda melihat betapa kecewanya mereka tetapi orang yang sedang BERGEMBIRA mahu melihat betapa perlunya ketabahan untuk anda.

Orang yang normal mahu anda melihat betapa sempurnanya hidup mereka tetapi orang yang KURANG UPAYA mahu melihat betapa perlunya anda bersyukur kepada DIA.

BERSYUKUR kerana kita masih bernafas hingga hari ini, tidak kira dalam apa jua situasi kerana setiap yang DIA beri pasti punya erti walau sukar dimengerti kerana hidup ini bukan hanya untuk berpesta dalam kegembiraan tetapi berpencak silat dengan ujian dan dugaan kehidupan. Hanya keteguhan iman mampu menjadi perisai yang teguh untuk menepis setiap serangan serangan dugaan yang datang dari pelbagai penjuru.

Friday, February 3, 2012

tips untuk wanita ku


1. Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang ****** sentiasa basah.

2. Terlalu lama duduk - Merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur

3. Terlalu lama berjalan - Merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menetu masanya

4. Terlalu lama melihat - Merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaan

5. Terlalu banyak tidur - Merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat-urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira - Merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang ******.

7. Terlalu kerap marah - Merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir - Merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. haid tidak menentu dan dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih - Merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - Merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut - Merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - Merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerapdialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

13. Terlalu banyak makan - Merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang ****** kurang bersih(semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang ******).

14. Terlalu minum minuman berais - Merosakkan otot dan lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit dan kelihatan awet muda.

15. Terlalu banyak masa lapang - Merosakkan fikiran.Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup yang positif.

Tuesday, January 31, 2012

AKU YANG KAU LIHAT

*Untuk para Adam yang pernah mengecewakan hati perempuan secara sengaja ataupun tidak sengaja. Juga-juga kepada perempuan yang telah berjaya bangkit kembali. Chill~ =)

Jasad yang kamu pandang itu kini adalah perempuan itu. Seorang perempuan yang dahulunya engkau injak-injak, seorang perempuan yang dulu, hatinya engkau permainkan, seorang perempuan yang engkau pernah taburi banyak janji yang tidak engkau tepati, seorang perempuan yang engkau pandang sebelah mata, seorang perempuan yang engkau kira hanya bisa dibuat mainan, seorang perempuan yang pernah engkau kenyit mata, seorang perempuan yang bisa engkau buat seenaknya, seorang perempuan yang telah banyak engkau melakukan dosa, seorang perempuan yang engkau kira tidak bijak, seorang perempuan yang engkau pernah hancurkan masa depannya, seorang perempuan yang pernah engkau memberikan senyuman palsu buatnya, dan seorang perempuan yang hakikatnya engkau belum kenal siapa dirinya yang sebenar!

Engkau mengajak dia melakukan dosa, sedangkan engkau tahu dia perempuan mulia. Engkau pernah menghancurkan dia sedangkan engkau tahu dia perempuan terhormat. Engkau pernah menyakiti dia sedangkan engkau tahu bahawa dia perempuan berhati lembut. Engkau mengotori cintanya sedangkan engkau tahu cintanya suci. Engkau mempermainkan hatinya sedangkan engkau tahu dia perempuan hebat.

Sedarlah Adam, perempuan itu pernah membahagiakan kamu. Perempuan itu pernah membuatmu tersenyum. Perempuan itu pernah berjasa dalam hidupmu. Perempuan itu yang pernah bimbang kepadamu. Tapi, percuma saja perlakuan semua itu. Kerana engkau telah menukarkan perempuan hebat itu menjadi perempuan rosak akhlaknya.

Jika dia suatu masa dulu, naqibah terkenal mengajak manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran, tapi setelah datangnya engkau, kata-kata dia hanya menjadi omongan kosong. Bicaranya tidak seiring tindakan. Jika suatu masa dulu, dia seorang perempuan yang mementingkan ukhuwah dengan sahabat-sahabatnya, tapi setelah adanya engkau, dia menjadi kera sumbang, menjadi perahsia terhadap mereka. Jangan pernah lupa, perempuan ceria itulah yang engkau telah ragut keceriaannya.

Dan, setelah engkau rasa dia tidak berguna lagi dalam hidupmu, setelah engkau rasa dia tidak layak lagi menjadi pendampingmu. Setelah engkau merasa bosan dengan perempuan itu, lalu, engkau membuangnya bagai membuang sampah di dalam tong sampah. Engkau tidak tahu cara terhormat untuk membuang dia dari hidupmu. Sedangkan engkau tahu, setelah tindakan ‘pembuangan’ mu itu akan mengundang aib terbesarmu.. iaitu, menghancurkan seorang perempuan terhormat! Dan sejak detik itu, engkau sering merasa berdosa, maka berdosalah dengan Allah. Pintalah keampunan dari-Nya. Tapi jangan pernah engkau lupa, kemaafan perempuan itu ternyata lebih penting. Kerana Allah sendiri tidak akan mengampuni dosa-dosa kamu sebelum kamu meminta maaf kepadanya.

Suatu masa dulu, berani saja engkau memperkotak-katikkan dirinya, tetapi sekarang jangan pernah engkau berani lagi, kerana perempuan itu suatu masa dulu yang engkau pernah kenal, tidak sama lagi. Dia memasang misi tertinggi; Memburu cinta Illahi. Tidak perlu engkau sapa dia, hanya kerana ingin membuatkan dia mengingatkan insan berdosa seperti kamu. Tidak perlu engkau memberi senyuman manis kepada dia, sedangkan senyuman itu akan membawa satu bencana dalam hatinya. Tidak perlu lagi engkau hubungi dia kerana di hatinya tidak ada lagi dirimu, yang ada hanya DIA. Perempuan itu kembali menjadi terhormat, malah lebih baik dari dulu. Sungguh, dia sangkakan ribut kan berpanjangan, rupa-rupanya Allah datangkan pelangi. =)

Jangan pernah engkau samakan perempuan itu suatu masa dulu dengan kini. Masa merubah segala kerana dia perempuan terhormat yang kembali menjaga dirinya dan hatinya...~




p/s: manusia itu bisa berubah, walau perempuan itu bertudung labuh, walau lelaki itu, kopiahnya lekat di kepala, masing-masing boleh jadi tumbang hanya kerana salah mengenal cinta. Cinta ana-enti yang disalah erti. Walau orang belajar agama sekalipun, tetap akan jatuh jika ilmu tidak diamal tapi dibuat perhiasan semata. Wallahu'alam...~